|
|
|
Salam Perkenalan ![]() Lama sungguh mama tak jenguk blog ni..dah berkurun!!
Sibuk dengan macam-macam..
Tapi yang penting hasrat dan impian ingin jadi seorang surirumah ala2 CEO kini tercapai..Tapi seorang CEO yang sibuk dgn macam2 tugasan.
Mama lah driver ..mama lah tukang masak...mama lah tukang cuci..dan mama lah macam2 tukang...Bizi sekali diri ku!!!
senang2 uols meh lah singgah kat website rasmi mamaboomboom
ARTIKEL KESIHATAN
OBESITI – Elak Makan Bukan Penyelamat
Apakah Punca Obesiti Kesibukan bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau gerakan antara faktor yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih ketara jika pengidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Selain makanan, punca obesiti boleh juga disebabkan oleh ubat-ubatan. Amalan mengambil sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetis dan hipertensi. Faktor genetik juga turut memainkan peranan besar di dalam masalah ini. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh mengakibatkan obesiti. Jika ibu atau bapa seorang yang obesiti, tidak mustahil anak atau generasinya akan datang turut mengalami masalah serupa.
Secara terperinci, banyak implikasi yang akan timbul kesan daripada obesiti. Selain diabetis, sakit jantung, strok dan darah tinggi, banyak lagi penyakit serius yang boleh terjadi kerana masalah terlebih berat badan. Antara yang sering dikaitkan ialah kanser buah dada, kanser usus, gout, sakit sendi, masalah pernafasan (sindrom sleep apnea) dan masalah batu dalam hempedu. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami kitaran haid yang tidak tetap dan masalah ketidaksuburan.
************************************************************************************************* "MINDA yang sihat datangnya daripada badan yang sihat, badan yang sihat datangnya daripada minda yang sihat." Ungkapan ini tidak asing lagi dan didengar di mana-mana saja. Oleh itu, berapa ramaikah di kalangan kita yang mengamalkannya. Kita semua tahu tubuh badan yang cergas dari segi fizikal dapat meningkatkan setiap aspek kehidupan kita. Bagaimanapun berasaskan kajian yang saya buat keseimbangan antara minda, fizikal dan rohani adalah kunci utama untuk kesihatan yang optimum. Bagaimana jika anda boleh makan apa saja yang anda mahu pada bila-bila masa yang anda inginkan tetapi berat badan anda masih lagi terkawal? Lazimnya apabila orang bercakap mengenai 'berdiet', apa yang kita bayangkan ialah menahan diri daripada makan atau 'mengira kalori'. Semua ini betul tetapi berapa lamakah ia bertahan? Adakah anda mampu mengikat perut sampai bila-bila sebab kita tahu bahawa jika berhenti daripada berdiet, lambat laun berat badan kita akan naik semula. Laratkah anda mengira kalori sepanjang hayat? Perlu anda ketahui bahawa musuh utama dari sudut pelangsingan badan ialah tabiat kita sendiri. Mereka yang semula jadi kurus dari segi genetik jarang berfikir mengenai makanan berbanding dengan mereka yang mahu melangsingkan berat badan dan risau dengan berat badan mereka. Golongan ini sentiasa berfikir mengenai makanan dan secara tidak langsung sama ada mereka akan mengamalkan diet yang keterlaluan atau mereka sudah hilang semangat untuk mencapai matlamat mereka dengan berdiet secara sihat. Ini adalah satu tabiat yang harus diperbaiki dengan cara mengikut lima prinsip di bawah. Prinsip pertama yang boleh dilakukan supaya anda kekal langsing sepanjang hayat adalah apabila anda lapar, anda perlu makan. Bagaimanapun, kebanyakan daripada kita akan makan walaupun tidak lapar. Mengapa berlaku demikian? Inilah yang dipanggil sebagai tabiat yang akhirnya akan memudaratkan diri kita sendiri. Sesetengah daripada kita mempunyai tabiat untuk makan walaupun tidak berasa lapar tetapi sesetengah daripada kita pula tidak akan makan sampai terasa seperti kebuluran. Sebenarnya kita perlu mempunyai keseimbangan di antara dua sifat ini. Kita perlu tahu, skala kelaparan bagi kita untuk makan adalah ketika kita berasa agak lapar. Bukannya ketika kita berasa kita hendak makan walaupun perut kita tidak lapar. Kita juga hendaklah makan sebelum kita sampai ke tahap kebuluran kerana jika tidak tubuh badan kita akan ditimpa dengan pelbagai penyakit kerana tidak cukup nutrisi yang diperlukan. Ini adalah satu tabiat yang perlu diubah dan jangan anda tergolong di dalam mana-mana dua golongan ini. Prinsip yang kedua pula adalah makan apa yang anda inginkan dan bukan apa yang anda rasa anda perlu makan. Anda harus kenal apa yang anda ingin makan dan anda boleh mengetahuinya kerana badan anda sendiri akan menyampaikan isyarat apakah makanan yang anda inginkan. Ini kerana apabila kita berfikir mengenai sesuatu, otak kita akan berfungsi dengan menghantar isyarat itu kepada tubuh badan dengan mengatakan kita inginkan sesuatu makanan. Contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya anda melihat nasi bersama ayam goreng di depan mata anda, dan ketika itu ia membuatkan anda terliur, maka itu bererti anda menginginkan makanan itu dan oleh itu anda perlu mengambil makanan itu dengan syarat anda sememangnya sudah terasa agak lapar. Sekiranya ketika itu anda masih lagi terasa kenyang tetapi anda inginkan sesuatu makanan itu, ini bermakna anda hanya mengikut perasaan anda saja. Prinsip yang ketiga adalah makan secara sedar tanpa mengikut nafsu dan perasaan. Lakukan ini sambil menikmati setiap kunyahan anda dengan cara memperlahankan kecepatan pemakanan anda dan kunyah betul-betul setiap suapan. Minimum kunyahan adalah sebanyak 21 kali dan setiap kali di antara suapan itu anda perlu meletakkan sudu garfu anda di atas pinggan. Jangan makan dengan tergesa-gesa dan lahap kerana ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan makan lebih banyak. Bagi melakukan prinsip ini anda perlulah mempunyai tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi. Prinsip yang keempat pula adalah berhenti makan apabila anda rasa sudah sederhana kenyang. Sekiranya anda tidak berhenti, ia akan membuatkan anda mengambil makanan yang berlebihan dan pada tahap ini juga anda sudah tidak lagi menikmati makanan itu. Ini kerana ketika anda sudah kenyang tetapi anda meneruskan juga dengan alasan tidak mahu membazir, anda sendiri yang akan menanggung kesannya. Perlu diingatkan bahawa ketika anda mengambil atau meletakkan makanan di dalam pinggan, letak dalam keadaan sedar. Dengan itu anda tidak akan meletakkan makanan secara berlebihan. Di sini berbalik kepada tabiat anda sendiri. Prinsip yang terakhir adalah anda harus faham akan keajaiban air. Sekiranya anda terasa lapar, minum dahulu lebih kurang segelas air dan sekiranya anda tidak lapar selepas itu, ini bermakna ia hanyalah dahaga. Dengan cara ini anda tidak akan mengambil makanan secara berlebihan. Bagaimanapun, sekiranya selepas minum anda masih lagi berasa lapar, ini bermakna tubuh anda memerlukan makanan. Justeru, anda perlu mengambil makanan sebanyak mana yang diperlukan. Kajian sudah menunjukkan bahawa diet yang membabitkan meminum banyak air adalah lebih efektif dalam jangka masa panjang. Apatah lagi jika air yang digunakan adalah air yang sudah dirawat dan mengandungi khasiat-khasiat seperti air zam-zam, air daripada sumber semula jadi atau air bertenaga aura. Sumber : Berita Harian Online
**************************************************************************************************************************** Kita memang sedia maklum tentang senaman. Dengan bersenam, anda mampu membakar kalori dengan lebih baik dan menjadikan diri anda lebih sihat. Namun begitu, adakah anda merasakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah sesukar anda bayangkan. Apa kata anda mencuba tip di bawah ini :
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ TIPS PERCEPAT BAKAR KALORI
SELAIN banyak bergerak dan rajin berolah raga sebenarnya ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk membantu mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak yang menumpuk dalam tubuh Anda. Kini memang banyak produk ditawarkan yang mengklaim dapat membantu membakar kalori dalam tubuh. Tetapi pada kenyataannya, menurut para ahli, hanya ada satu cara yang paling efektif, yaitu dengan banyak beraktivitas atau bergerak. "Pada dasarnya, kita tidak mengetahui cara lain untuk membakar lebih banyak kalori atau meningkatkan metabolisme tubuh selain dengan lebih banyak bergerak," ungkap Barry M Popkin, PhD, Direktur Program Interdisipliner Obesitas di Universitas North Carolina. Namun begitu, bukan berarti tak ada cara lain untuk mempercepat pembakaran kalori. Nah, berikut adalah delapan tip yang dapat Anda tempuh untuk mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak dalam tubuh: Selain itu, menurut pakar obesitas, George Bray MD dari Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, aktivitas jalan cepat setiap hari adalah jenis latihan yang paling disarankan bagi mereka yang ingin membakar banyak kalori. Ketika berolahraga, tubuh Anda akan membakar kalori untuk menyediakan tenaga. Namun begitu, olahraga sangat menguntungkan karena meski latihan Anda sudah selesai tubuh masih akan terus membakar banyak kalori. Walau sulit menentukan berapa lama efek ini akan berlangsung (bervariasi tergantung komposisi tubuh dan tingkat latihan), Wharton memperkirakan bahwa rata-rata metabolisme tubuh akan meningkat sedikitnya dalam 24 jam. Jika Anda ingin memperpanjang efek pembakaran kalori ini, Wharton menyarankan untuk berolahraga dengan durasi atau waktu yang cukup lama. "Sejumlah riset menunjukkan bahwa dengan menambah durasi olahraga peningkatan rata-rata metabolisme keseluruhan menjadi panjang," ujarnya. 2. Latihan kekuatan untuk membentuk otot "Cara paling efektif meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori adalah latihan aerobik dan latihan kekuatan (strength training), keduanya sangat penting," ungkap Megan A McCrory, PhD, peneliti dari School of Nutrition and Exercise Science di Universitas Bastyr. Strength training adalah penggunaan resistensi kontraksi otot untuk membangun kekuatan, daya tahan anaerobik, serta ukuran otot rangka. Latihan kekuatan menjadi penting artinya ketika kita beranjak tua di mana metabolisme cenderung mulai menurun. Salah satu cara untuk memelihara metabolisme adalah memasukkan latihan kekuatan pada program olahraga Anda sedikitnya dua kali seminggu. 3. Minum Teh Hijau dan Teh Hitam Beberapa riset mengindikasikan, teh hijau atau hitam memilih manfaat yang lebih besar ketimbang kafein yang dikandungnya. Sebuah penelitian mencatat adanya penurunan asupan makanan pada tikus yang diberi polifenol yang ditemukan dalam teh hijau. Riset lain pada manusia oleh peneliti Universitas Lausanne di Swiss menunjukkan bahwa teh hijau memiliki senyawa penghasil panas dan pembakar lemak melebihi kafein. Ketika 31 pria dan wanita sehat diberi minuman mengandung catechin, kafein dan kalsium selama tiga hari, penggunaan energi mereka selama 24 jam meningkat 4,6 persen. Dalam American Journal of Clinical Nutrition edisi September 2006, peneliti mengungkapkan bahwa minum teh saat makan juga memberikan pengaruh. Ekstrak teh dapat mengganggu absorpsi karbohidrat dalam tubuh ketika keduanya dikonsumsi bersamaan. 4. Makan sedikit-sedikit, tapi sering Untuk mekanisme tersebut, ada peneliti yang berpendapat bahwa buktinya belum terlalu kuat. Meski begitu, banyak ahli yang percaya bahwa makan sedikit-sedikit tapi sering adalah cara yang menyehatkan dibanding makan besar satu atau dua kali dalam sehari. 5. Jangan tunda sarapan 6.Mengonsumsi produk susu rendah lemak. 7. Minum delapan gelas sehari 8. Resah Sebuah riset juga menemukan bahwa tindakan informal seperti resah bisa menjadi faktor yang lebih penting ketimbang latihan formal dalam menentukan siapa yang kurus dan siapa yang gemuk. Diet dan olahraga adalah topik menarik yang perlu didiskusikan dengan dokter Anda. Sebelum menjalani olahraga atau mengonsumi suplemen pada diet Anda, akan sangat bijak bila bertanya lebih dulu kepada dokter. Jika Anda mengidap penyakit tertentu atau sedang menjalani pengobatan tertentu, mungkin saja ada aktivitas atau suplemen yang harus dihindari. (kompas) ****************************************************************************************************************** ALASAN PERLU BANYAK MINUM AIR Mendapat cukup air penting bagi tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurut para penyelidik, 70 peratus (70%) tubuh badan manusia terdiri dari air dan kita hanya dapat bertahan hidup sekitar seminggu sahaja tanpa air. BERIKUT 5 ALASAN MENGAPA KITA PERLU BANYAK MINUM AIR :
Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.
*************************************************************************************************************** 20 TIPS HIDUP SIHAT
1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda. 2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda. 3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. 4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik. 5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik! 6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan! 7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya. 8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit. 9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam. 10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba. 11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat. 12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari. 13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja. 14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan. 15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik . 16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik. 17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang 18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat. 19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan. 20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
|
||||||||||||||||||||||||